Saturday, June 7

manusia biasa


"Let them talk, proves them wrong." - anon

Ah indeed.
Always trying my best.

Aku pun manusia jugak.
Aku pun tahu jugak penat, sakit hati, sedih bila orang cakap bukan bukan pasal aku.
Sebab aku manusia.
Yg lumrahnya, sentiasa mahu pertahankan maruah.

Yet still thankful to Allah,
Aku tak pernah lagi rasa ini sesuatu yg tak adil.
Instead, aku berterima kasih pada Tuhan,
Setidak tidaknya aku tahu,
Siapa kawan.
Siapa bukan.


Salam ukhuwah fillah.

Thursday, June 5

Belum mati


Sebab kita selalu fikir bila dah terlalu lama hidup dengan cinta manusia,
Sampai satu masa perasaan cinta kita pada manusia tu atau perasaan cinta manusia tu pada kita mula pudar,
Kita akan mati.

Tapi ternyata kita silap--
Paling paling pun kita cuma lumpuh.

Sebab kita lupa tiada cinta yg lebih hakiki,
Selain cinta Ilahi.

Tuesday, May 27

Pendusta Kata.


Pernah dia pesan dahulu,
Sayang jangan pergi,
Sayang jangan hilang,
Sungguh aku gundah hidup tanpa kamu.

Pernah dia kata dulu,
Sayang jangan bimbang,
Sayang usah khuatir,
Akan sentiasa ada masa aku untuk kamu.

Tapi pada pengakhirannya kenapa ye pesanan dan kata kata itu seolah olah menjadi inversi bagi aku?
Sampai satu titik aku merasakan yg aku sendiri yg memesan dan mengungkapkan kata kata itu pada diri aku?
Aku keliru.

Pada awalnya,
Aku lemah aku rebah sebab terasakan seperti kehilangan diri engkau.
Setelah lamanya,
Aku temu satu kekuatan bila mana aku bisa hidup jauh lebih gagah tanpa ada engkau.

Sunday, May 25

unexpected


Kita tidak punya hubungan apa apa.
Sekadar teman kelahi cuma,
Kau panggil aku gila, aku panggil kau gila.
Rapatnya kita pun cuma atas alasan kerja (kot).
Tambah pula dgn perhatian yg kau bagi tiap masa.

Tiba satu masa kita berhenti berhubung sesama sendiri.
Tiada panggilan.
Tiada pesanan ringkas.
Tiada nota suara.
Tiada berbalas komen.
Tiada suka menyuka status.
Aneh.

Memang kita cuma sekadar kawan (anggapan aku),
Tapi setiba saja kau mula memberikan perhatian,
Kau mula menghindar,
Terasa berkesan betul hidup aku sunyi tanpa engkau.

Jangan begini kawan.
Salam rindu dari orang gila ini :-)